~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Thursday, July 14, 2011

Lepak BERSIH

Hari ni hari BERSIH in KL. Khabarnya jalan tutup sana sini.....Fine. Tak de plan nak ke mana pun. Duduk rumah lagi baik. Tetiba naik nama si Ambiga....activate balik Pulau Jerjak tu , hantar dia lepak sana kasi bersih itu pulau.........

Politics is not my cuppa tea. I support yang I suka as a silent supporter je. Tiada paksaan. Tentang memorandum BERSIH , Pengerusi SPR dah jelas-kan dengan terperinci. Mana yang SPR sendiri boleh rombak , diubah & etc untuk kebaikkan , Yes.....bisa aja dibawa ke meja rundingan dan dilaksanakan. Yang melibatkan pindaan Perlembagaan.....mana boleh SPR ubah sesuka hati.....banyak pihak yang terlibat.

Our election process antara yang advance di dunia. 100% Bersih or not.......Malaysia bukan negara pertama yang corrupted. Pembangkang pernah menang besar. It's because of kebangkitan rakyat bukan sebab sistem pilihanraya or process pilihanraya or sebab tak pakai dakwat hitam & etc......it's because the people has spoken. As rakyat Malaysia , tak kecil besar......kita ada duty. Not just leave it to kerajaan tak kiralah kerajaan yang memerintah or kerajaan yang terbentuk dari parti pembangkang yang memerintah. Bila ada family members yang meninggal , berapa ramai antara kita yang pergi kasi tahu SPR ASAP? ....and you aspect SPR to update senarai pemilih macam update status FB ke? I yang ada 3 account FB pun tak termampu nak update status kat tiga-tiga account at one go. Itu skala yang paling kecil......we're talking about data pengundi satu negara. Help. Jangan dok mengetek je pandai. BERSIH should find ways to help , collaborate with SPR to solve 'masalah' yang depa dok perjuangkan tu....not suruh SPR tunduk pada tuntutan depa. Perjuangan tu tak salah tapi cara tu salah. Tetiba si pelakon nak ajar orang menari.....mengong laa tu.

As for reps in the opposition party yang sokong memorandum ni , naturally lah depa akan sokong sebab depa pembangkang. Depa sokong memorandum about issues regarding pilihanraya yang Ambiga draft-kan tapi opposition personnel (yang Islam....yang Melayu I don't know laa) tak sokong tuntutan yang Ambiga buat melalui IFC (Interfaith Commission). Takkan laa PAS nak sokong tuntutan tukar agama Ambiga tu.......hish.....Pok Nik tak kan biarkan orang dia ikut si Al-Kafirun membuta tuli macam tu lah. Ni semua common sense laa. Kita cepat sentiment without really understanding what's going on. Especially bila ada issue panas , we never wanna take time to breath and think. I don't personally like certain singers in the industry due to maybe their attitude or something but that doesn't mean that I can't like their songs *wink*

As for perhimpunan BERSIH , katanya it is a peace gathering......if so why the fuss of not letting these so called BERSIH people gather? Depa mintak permit nak gather kat Staduim Merdeka but permit tak lulus.........haiyooo.....kasi je laa.....that way , they'll bark kat dalam stadium tu je. Lantak laa depa nak cakap apa pun.....nak salak orang tu salah , orang ni betul....nak mintak itu ini....pokok-nye.....event tu kat dalam kawasan stadium , satu kawasan je yang depa guna....keselamatan orang awam terjamin & kalau nak sesak pun , satu area dalam KL je yang sesak......not laaa everywhere in KL jam tak pasal-pasal! Kalau dah tak suka dengan ideology puak BERSIH........media & press tak payah lah dok nak cover memorandum or story-mory depa. Buang masa je. But no........press ada duty untuk melaporkan. *Kate-nye* If so , lapor-kan yang betul-betul kejadian.....tapi media main stream mana boleh buat macam tu......reporter buat story sahih tapi editor cantas & edit mana yang tidak mengikut kehendak alam sekitar....huhuhu! Kita pun dapat-lah limited edition......don't we like getting limited edition? *wink*

Katanya Selangor MB offered to use a stadium in Selangor tapi BERSIH tak nak BERSIH-kan stadium kat Selangor. BERSIH nak roger-roger agenda depa kat dalam KL jugak-jugak. OK laa tu.....As Malaysians they have all the right to choose their venue. Nak sewa mana-mana lokasi untuk perhimpunan aman & BERSIH depa tu. World tentu laa support sebab it's a peace gathering kate-nya.....Memang laa the Malaysian gov nampak palat di mata dunia sebab tak benar-kan rakyat Malaysia yang kate-nya demokrasi buat peace gathering. Polis pun jadi serba salah sebab dunia dok memandang. Salah sikit , kasar sikir.....bukan setakat rakyat Malaysia tiu depa......dunia will tiu them too.......poor thing. Tak pasal-pasal kena keluar budget besar untuk buffet si BERSIH-BERSIH yang ditahan. Hehehe! Kalau dari awal kasi depa ni gather kat stadium Merdeka kan selamat budget-budget yang tak perlu tu.

Bila officials tak kasi depa gather kat lokasi pilihan.......depa gather merata-rata tempat dalam KL. Salah siapa? Bila peniaga takut nak bukak kedai kat pusat bandar and claim rugi besar....salah siapa? Bila jalan satu KL jam teruk....salah siapa? Hmmmm.....jawapan cliche-nye of course laa salah BERSIH.

Rewind balik......BERSIH nak buat peace gathering kat Stadium Merdeka to declare its memorandum , pihak polis tak luluskan permit perhimpunan tu. Kalau permit diberi , the gathering will be indoor. Tapi sebab permit tidak diberi tapi gathering kena-kena jugak nak dibuat *dowh*.....jadilah gathering outdoor.....again , common sense will tell you the answer apasal jadi kecoh satu KL hari tu.....


Que sera sera....what will be will be.....I lepak kat rumah with my angels.


Hmmm.....dah panjang rambut Adriel but MP tak nak kasi potong lagi. Dunno why , nak tunggu anak dia jadi Samson kot....huhuhu!


Kawan Yna kat sekolah , si Aida.....teringin nak makan kek tapai ubi. Pernah kasi dia jamah dulu and dah banyak kali dia cakap kat Yna suruh I buat kek tapai....OK lah....ada time terluang hari ni.....I pun buat lah.


Nyum. Nyum. Nyum.


Siang tadi masak.....nanti will update my lunch menu on this lepak BERSIH day in my other post. For dinner nak makan ringan-ringan je. I buat my version of Beef & Red Bean Chilli. First , in goes some EVOO with chopped red onions & garlic. Heat on......fry till fragrant.


Added some Italian Herbs & Black Pepper.....and Yes,,,,,some salt & sugar to taste.


In goes minced meet.....I guna beef , up to you nak guna chicken or turkey.....or daging apa-apa pun boleh mengikut kesukaan & kebenaran agama masing-masing....wah!


Then.....ikut suka hati I , I letak this Cili Padi sauce instead of Tabasco.....and also , I add in some tomato sauce to my chilli.......


Ikut suka hati I lagi.....I letak Baked Beans......


.....and some crushed sweet cherry tomatoes into my chilli....


Siap pun my chilli....my way....


Eating my chilli with some corn chips. Best....Suruh MP try....at first dia tak nak dia kata tak kenyang laa...jual mahal. But when he finally did , the chilli became his property! Ek-eleh....

1 comment:

  1. Salam Sis...
    After my father passed away, we did check with SPR and memang nama arwah dah takde dalam senarai- they said it's auto...bila notification kematian masuk dlm data pendaftaran negara...nama tu deleted auto in SPR list...tp i tatau lah plak kot it was not the case for everybody else... =epel=

    ReplyDelete