~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Tuesday, September 20, 2011

2011 Raya - Historical Raya In Bukit Kepong

Sekarang ni kan hot pasal Mat Sabu and Bukit Kepong,,,,,,with the interest that Yna has about history of the country.......I told her that Bukit Kepong is in Muar. I took the time to explain to her that what Mat Sabu cakap tu betul , cuma dia guna perkataan yang salah bila dia describe communists as heroes. I faham maksud Mat Sabu bila dia cakap komunis hero.....errrr....nanti nanti nanti,,,,,,,lu jangan marah gwa dulu man......

Kita semua tahu yang Mat Sabu & most politicians yang generasi baru ni , diangkat jadi YB & ADUN & etc dengan cara yang sangat mudah. Depa bukan politicians yang old school macam my BIL Kadir & his friends.....kena menapak dari bawah baru dapat jadi YB , baru dapat jadi ADUN , baru dapat jadi Ahli Parlimen , baru dapat jadi Menteri & etc dalam negara......

Most politicians sekarang ni dipilih sebab depa anak somebody-somebody , sebab depa menantu somebody-somebody , sebab depa kaya , sebab depa banyak pengaruh dalam dunia koporat , sebab nak letak calon kat kawasan yang bertanding tapi tak de calon yang sesuai so depa pilih lah calon-calon tempatan yang 'famous' kat kawasan masing-masing..........politicians yang tak tahu hujung pangkal or yang tahu sikit-sikit je pasal perjuangan politik tanah air....depa ni yang kita angkat. Dah tu cam no.....Don't be surprise , masih ada anak Melayu tingkatan lima yang tak tahu nyanyi lagu Negaraku. Ada yang masih tak hafal Rukun Negara. Yang Islam jangan cakap lah , ada yang Al-Fatihah pun tak reti baca. Off topic sikit tapi ini facts. Biro Tatanegara has all the data. Sekarang yang lahir in the 50's and 60's yang jadi menteri-menteri. After them will be those born in the 70's like you and me yang akan ambil alih tampuk pimpinan negara. Hmmmm....budak-budak zaman retro ni banyak yang hancur dari yang boleh pakai. Not long it will be Yna's 2000 punye generation ruling the country.

As for Mat Sabu , when I said that I faham maksud dia kata komunis ialah hero di Bukit Kepong dulu.....memang betul lah kata dia tu. Ramai 'politicians' kedai kopi aka wak-wak or atok-atok or pakcik-pakcik yang lepak-lepak sambil sembang pasal politik kat warkop.....naturally kalau kita dengar mike-mike tu 'berhujah' pastinya akan guna bahasa pasar macam ni. Siapa yang menang dalam any battle , hero lah depa tu....rasa I itu lah maksud Mat Sabu tu......cuma bila diserta dengan ego dan tak fikir panjang akan sensitiviti rakyat Malaysia yang akan 'melompat marah' bila mendengar pembangkang cakap macam tu.....he should have just said sorry and explained that he had used the wrong word to describe 'kemenangan' communists kat Bukit Kepong tu. Kes-nya orang yang zero knowledge about kejadian di Bukit Kepong pasti keliru. But he did not make the effort to correct the error in his vocab usage......itu lah salah dia.....and now dah meleret-leret sampai jadi entah apa-apa dah.....

Memang kita semua tahu yang komunis menang besar di Bukit Kepong. Itu fakta. There were 180 plus of them and only berapa belas orang je polis British yang berbangsa Melayu kat Balai Polis Bukit Kepong masa tu. Berlawan dengan komunis atau tak berlawan dengan komunis pun , polis-polis tu akan kecundang jugak sebab komunis ramai.

Tu belum nak story morry pasal Mat Indera si komunis Melayu. Dengar word komunis memang sakit hati tapi kena lah selidik dulu episode perjuangan depa ni pulak. Tentunya nak memerdekakan Tanah Melayu dari British dan hapuskan talibarut British. Kena lah kita faham dan tahu beza idelogi PKM dengan PKKM. Tulis lebih-lebih kang orang salah tafsir. Google sendiri, faham sendiri.

According to history and what MP's cousin told us , antara polis yang survived nama dia Yusof Rono....dah meninggal dah at the age of 80+. Kata cousin MP , he lives nearby before.

I tak pandai about history but I wanna get the right facts to tell my kids. Yna dah syok dengar history of Bukit Kepong and wanted to visit Bukit Kepong.......hmmmm......tu lah , I laa yang gatal bukak cerita pasal Bukit Kepong kat Yna.....Uwaaaaaaa.....

Fast foward........skip the misery that I had to go through with MP.......MP finally agreed to take us to Bukit Kepong. Yehaaaaa!

Owh! Yes! Baru ni TV2 showed the movie Bukit Kepong and Yna stayed up to watch it :-)

Ni jalan besar menuju ke Bukit Kepong. About 60km + jugak dari Bukit Pasir.....ini sekarang jalan ke Bukit Kepong macam ni,,,,,,,dulu lagi laa ngeri. Along the way,,,,,,,,,hutan,,,,,,,ladang kelapa sawit,,,,,,,,,penempatan-penempatan kecil kaum Cina. Memang Chinese area. Boleh banyang-kan betapa payah nak redah hutan from Bukit Kepong to reach Pagoh or Muar......


Finally , sampai pekan Bukit Kepong. Tu je lah town dia.....rumah kedai sederet.


Yes! We made it.



Ramai jugak yang made a visit to the historical site. MP tak turun kereta pun......reason dia , teman-kan Adriel tidur. Hmmmm....ye lah tu. FYI , MP *and his siblings* tak minat sangat melawat tempat-tempat historical macam ni. Cara , pemikiran , pendirian dan pandangan depa tu berbeza langit dengan bumi dari I. Dah MP tak berapa nak minat , I kena take charge to educate Yna semampu mungkin. I tak nak Yna membesar jadi robot. I nak dia hormat orang , tak lupa diri , tahu budaya dan kenal agama.

Even though ni bukan its original site of the burnt down police station but its just slightly moved dari tapak asal to build this gallery. Very much here lah jugak. Dulu balai polis papan. Even little Yna pun bertanya apasal tak dibina je replica balai polis macam yang dulu? Katanya area ni selalu air sungai naik, banjir. So kalau buat bangunan papan, tak larat laa nak tukar papan bila dimakan air. Tu yang depa bina balai polis ala-ala kubu tu kot.


Ni pun dah kapal marine yang modern......dulu guna boat engine biasa je.


Siap ada kereta kebal lagi tuh.....I nak masuk dalam kereta kebal ni tapi pintu masuk dia kecik siol! Muat tu muat tapi siksa.....so I panjat je lah , bergambar atas kereta kebal ni pun jadi lah.


See the pintu.....kecik gile....sengsara nak keluar masuk....Yna muat lah. Tapi, betul laa tu, polis or askar mesti laa badan fit kan, tak kan ye lah gemok macam kawan ni....hehehe!


Memang boleh dapat feel of the tragedy that had happened kat sini. Memang tak boleh pergi mana kalau kena kepong. The police station was situated at the very end of Bukit Kepong , keliling hutan , belakang balai pulak sungai.....mana nak lari beb.

Masa I pergi tu , gallery ni tutup......so kena skodeng-skodeng lah ambil gambar dalam balai....


Ni view belakang balai.


Jetty ni yang original......kat jetty ni polis marin guna untuk parking boat-boat polis marin kat hulu sungai Muar ni.....dalam movie Bukit Kepong pun ada shot jeti ni.

Yes! Jetty Bukit Kepong.....


View from the jetty ke jambatan yang menghubungkan Bukit Kepong ke Tangkak & daerah Ledang. Wahhhh....jadi cikgu ilmu alam lah pulok....apa kata next ajak MP naik Gunung Ledang pulak.....can't imagine....hahaha!



A note for me : Mission impossible made possible, Alhamdulillah. Most important....Yna happy.

No comments:

Post a Comment