~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Sunday, November 6, 2011

Busy October......Now A Very Busy November.....Alhamdulillah......Rezeki!

Dah 6 hari dapat laptop baru tapi tak de updates....... *mesti laa lagi menyampah Ely kan kan ka?....hehehe!* Can't help it laa peeps.....job banyak pulak dah nak akhir-akhir tahun ni. Ada few paperworks yang kena siapkan , have to do it ASAP. Not complaining but syukur pada Tuhan kerana dimurahkan rezeki olehNya.


Lately ni jarang jumpa Kak Siti. Bukan apa , we've got few places to teach,,,,,,so kenalah bahagi-bahagi kelas antara I dan Kak Siti. Kadang tak sempat dan kena ambil vocal coach lain to cover the classes.


Kat studio ni boleh kata every Saturday mesti busy. Usually budak-budak choir kita yang occupy the studio sampai malam.

Bulan October lepas I sibuk mengajar nasyid! Huhuhu! Macam tak percaya kan , gua ajar nasyid beb....hehehe! Our company , Vocalwealth Networks was being hired to teach kumpulan nasyid Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) , Al-Widad. Diaorang base kat HQ di Sungai Merab , border Kajang-Bangi-Putrajaya. Two weeks towards the end of October , I kerap dok berulang-alik ke Sungai Merab. MP memang kurang berkenan lah bila I kena kerja almost everyday but what to do,,,,,,,it's my work and I have to do it. Nasib baik-lah one of my student , Khalil tengah cuti semester so dia-lah yang ambil dan hantar I balik tiap kali I ke Sungai Merab.


Sebenarnya grup Al-Widad ni masuk pertandingan nyanyian nasyid Puspanita Kementerian Dalam Negeri. Satu petang tu , a day before the nasyid competition kena ke KDN dengan budak-budak Al-Widad sebab ada sound check. Katanya pukul 2pm tapi masa kita sampai , sound system pun belum pasang lagi. Worst , sound man pun tak nampak bayang! Sabor je lah. My girls semua 9 orang and we need 9 microphones. The girls told me , last year they got a mic each to perform. So we assume tahun ni pun sama..........

Align Center
Tanggungjawab I berat coaching Al-Widad. Last year they got 3rd place in the same competition. Tahun ni by hiring us *Kak Siti & me* , their bosses expected more......berat tu. As for the microphones.......masa sound check , pihak penganjur cuma sediakan 4 microphones je. Gawat! Sebabnya formation my girls memerlukan each of them to have their own microphone. We called back AADK HQ , asking the in house sound man to send over 6 more microphones & mic stands. Kiranya grup I ni dah buat charity jugak-lah.......sebab the other 7 groups pun tumpang guna the microphones. Again,,,,,siapa organizer-nye? Owh! KDN......duhhh!

This was the next morning , Friday 28th October.......I had to be in Sungai Merab by 6:30am! My student Khalil stays nun jauh in Shah Alam........makanya dia kena datang ke Ampang *Bukit Antarabangsa* to fetch me , then baru push-off ke Sungai Merab! Kesian Khalil , pukul 4 pagi dia dah bangun.........in the pic above , my girls tengah sibuk bersiap sebelum bertolak dengan 1 van ke KDN.



Nasib baik Yna masih cuti.....minggu yang I sibuk terlampau tu Yna tengah cuti Deepavali. Satu minggu dia cuti sekolah. Sebelum bertolak ke KDN pagi Jumaat tu,,,,,,,we did some vocalizing.

Align Center

By 8:30am , we reached KDN , ready for the competition.


Sementara menunggu giliran......jantung I kencang sangat , sebab it's a competition and adalah hal-hal dalaman about one of the jury yang tidak disenangi oleh my team.


My girls in action......Alhamdulillah ,the sang well. They know it themselves. They know that they sang better than last year.


My girls Al-Widad got 2nd place this year! Yay! An improvement dari tahun lepas. Alhamdulillah , syukur pada Tuhan.

Story mory sikit pasal competition nasyid ni. Ada yang buat I kurang senang dengan juri. Juri-menjuri ni kerja I. So , I basically tahu the rules and regulations in being a jury. Cerita-nya,,,,,dalam mana-mana singing competition pun usually MC will announce and perkenalkan barisan para juri. Kalau tidak diperkenalkan di awal pertandingan , it will be done after contestants dah habis bertanding......

What happened was,,,,,,,my seat was betul-betul belakang juri. Dari awal sampai kumpulan akhir buat persembahan , I saw 3 man duduk kat kerusi juri. MC tak introduce any of them at the start hinggalah selesai pertandingan. Bila nama-nama juri diperkenalkan , we heard 2 nama juri lelaki dan 1 nama juri wanita.....mungkin kalau nama like Azrin , kita faham......ada lelaki guna nama Azrin & ada wanita yang turut guna nama Azrin tapi , I tak salah dengar.....I heard Ustazah Dayang so and so.....tapi 3 lelaki duduk di kerusi juri. Lepas result diumumkan , I terus pergi jumpa organizer.

I asked them siapa yang aturkan hal-hal juri sebab I nak give them a piece of my mind. Biasa lah.....orang ni kata orang tu , orang tu kata orang ni.....nak larikan diri.....Hello! I told them yang I bukan nak pertikaikan yang my girls dapat 2nd *in which....they shouldn't get 2nd place , they should win but am not arguing pasal tu* , I cuma nak kasi tahu penganjur yang etika kejurian dalam pertandingan ni dah salah sangat.

I asked the organizers mana Ustazah Dayang? Kalau betul dia juri , dia mesti berada di tempat juri dan bukan kat pejabat dia or dekat control room & etc. I questioned them lagi , siapa juri lelaki yang tak disebut nama tapi duduk di kerusi juri? Depa diam.....

Then , Puan Sri Pengerusi Puspanita nak balik and she came to congratulate my girls. Apa lagi , I told her about the jury thingy there and then. Dia pun terpinga-pinga as she didn't know such thing happened sebab dia duduk kat depan sekali. Time tu mentetet-tetet organizers datang to explain to Puan Sri sebab Puan Sri minta explaination on the issue. Hiiiiii.......memang geram. I was told *in the presence of Puan Sri* , that diaorang tak ambil markah juri ke-3 tu. Mana boleh......I nampak dia sibuk menulis , siap guna calculator lagi time competition. Tak tahu laa I kalau dia tengah buat Maths assignment or dia dok kira account kat meja juri tu......

Organizer dah gabra , then they told me that the 3rd person yang duduk kat tengah-tengah antara 2 juri jemputan ialah anak kepada Ketua Juri! Hah! Silap besar laa organizer jawab macam tu depan I. I told them , perbuatan tu lagi salah besar. Mana boleh individu yang bukan juri , duduk di kerusi juri! I told them that etika is etika. Protocol is protocol. Tak kan I yang bukan VVIP ni , terus suka-suka pergi duduk kat sebelah Puan Sri in the function. Kenalah I duduk kat tempat penonton. Why? Because it's the protocol. Melainkanlah kalau I ni VVIP jemputan and being ushered to sit sebelah Puan Sri. Further more kalau anak Ketua Juri tu baya-baya Ashel , kita masih boleh faham........budak kecik , since juri ke-3 tak datang , biarlah budak tu duduk sebelah Ketua Juri tu *walapun dari segi etika-nya tetap salah*.....Ini dah tua kebangka.........mintak maaf lah.....pi laa duduk tempat lain.

Organizers memang kantoi......nampak sangat depa suruh orang lain judge on behalf of the Ustazah Dayang mentioned. Why I said that was because......I saw Ustazah Dayang tu di permulaan acara , sebab dia kena baca doa. Then dia lesap entah ke mana.....dia muncul balik lepas semua contestant dah habis perform. Dia datang ke meja juri to collect kertas markah and left the hall with the other juries. I tak peduli lah KDN ke , siapa ke yang anjur pertandingan ni.....yang salah tetap salah and I must speak up.

Tu lah dia ceritanya..........


Ni project terbaru I , an all girl group Nova Nona. I gather-kan 4 of Yna's dance buddies together with Yna and form Nova Nona. I gave the name of the group. Alhamdulillah semua parents sangat-sangat cooperative. Now they're attending vocal classes coached by me & Cikgu Shahrol *one of our in-house vocal coaches* at the studio. Bab-bab tarian , I serahkan pada cikgu tarian diaorang , Teacher Nana. Bab body movement & expression , tu tugas Teacher Glam *he's one of our vocal coaches jugak*. Part make-up and hair styling......I serah-kan kat Mama *mummy kepada Fasha Sandha sebab anak dia Elisya is one of the group member*. So salon Fasha Sandha , Chinta kat Wangsa Maju will be their base kalau nak bersiap-siap nanti.

Tugas I sekarang is to produce at least 2 singles for the group. I dah cipta 1 lagu untuk single Nova Nona and they are currently practising the song. One of my vocal student Wan , dah di-assign-kan untuk buatkan storyboard untuk videoclip budak-budak ni......tengok lah apa jadi nanti.....tu yang I kena kerja kuat lagi.....nak cari modal buat single for the group. MP was hesitant at first. Biasa lah tu.....tak kasi support langsung. Dia tak yakin yang parents budak-budak ni akan setuju dengan idea I. Well,,,,I saw the opportunity and gave it a shot. I asked parents budak-budak ni if they're game for it,,,,,and it turns out that semua OK and excited with the whole idea. Then baru lah MP masuk campur bila dia tengok bapak-bapak budak-budak ni pun sanggup temankan their girls ke studio......dah pulak dia yang banyak komen bila budak-budak ni menyanyi.....macam manager Nova Nona pulak. Eh!!!! Tetiba je enter frame. Kannnnnnnnn......

This will be the company's baby project to produce a single and to manage an artiste.......Alhamdulillah & Insya'Allah I dapat maju setapak lagi dalam business I ni. Sebelum I manage artis yang matang , tua & besar,,,,,,biar-lah I mula manage artis-artis cilik.....hehehe! Wish me luck.


A note for me : Birthday Yna is coming............have to plan something for her.

3 comments:

  1. ha mcm tau2 aje i guling2 tensen tunggu entry ... patu saja jek nk letak tajuk busy ek.. hamboiii hahaha anyway hepi for u, insyaAllah murah rezeki. keep updating

    selamat hari raya aidiladha

    ReplyDelete
  2. bz sbb rezeki masyuk ok tuh...

    salam aidiladha kak

    ReplyDelete
  3. Ely - hahaha! will try not to make you tension tunggu post....Alhamdulillah , rezeki tak putus....syukur sangat. Selamat hari raya haji.


    norhidana - tu lah....masyuk tapi yang keluar pun boleh tahan jugak.....hehehe! Alhamdulillah , syukur pada Tuhan. Selamat hari raya haji.

    ReplyDelete