~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Saturday, April 14, 2012

Makan Makan Lagi

Tengok lah muka si Ashel tu....suka dia , finally got his toy golf set. He wanted a green casing golf set tapi masa tengok kat Carrefour , tak de. Yang ada red. Beli jugak lah. He was happy with it. Dah lama dah beli ni , bola golf 4 biji dah tinggal 2 je....tapi tu lah,,,,baru sempat upload gambar.

We were in KL Festival City on one Sunday afternoon. Yna habis kelas dance dia and we went there for a late lunch. Had our lunch at Bumbu Desa , specialized in Indonesian Sundanese food. Biasalah , MP pilih makan kat luar :-(

We came way after lunch hour so banyak food dah habis. Nak order ala carte pun dari apa yang tinggal kat display table. Order itu tak de from the menu , order ini tak de......I pun pergi jengok food yang masih tinggal. Ordered 2 jenis ayam. Satu dish macam ayam penyet like that and another was grilled chicken. Tak ingat lah nama dish-dish tu.

Some fried prawns n paru. The paru was good.

Ordered some rendang daging , sedap. Also asked for some sambal ijo and sambal oelek.

Dalam tak de - tak de lauk , berderet yang diorder! ......oh yes! also ordered Asam Pedas Patin (Padang style). Food's good , a bit pricey but I'll come again.


I was in Shah Alam for jury duty weeks ago. Sebelum duty starts.....jalan-jalan cari makan. Ended makan Satay Haji Samuri kat Kompleks PKNS. Mix satay ayam + daging + perut + hati.

100 cucuk for 5 of us.....


Dah tak tahu mana nak makan kat area Hulu Kelang ni , satu malam tu pusing-pusing tak tahu mana nak dinner. MP ajak pergi gerai burger bakar yang tengah famous kat Wangsa Maju but I was reluctant to go.....dunno why , MP nak sangat pergi situ.....so we went. Bila sampai , we just passed by je sebab queue terlalu panjang and MP sendiri cakap , it's ridiculous. Lepas tu terus MP bawak kereta ke Mustafa Jones Burger kat Taman Melawati.

Orang ramai and we thought sure kena tunggu lama but waiting time was bearable. Cuma MP laa yang sangkak. Ceritanya , Mustafa Jones Burger (MJB) ni beroperasi di premis Restaurant Kayu Manis.....tak tau lah deal depa macam mana tapi besides food offered by MJB , ada juga makanan lauk kampung dan masakan panas like nasi goreng , mee goreng & etc.

Naturally I pergi situ nak makan food MJB , tak kuasa laa nak makan makanan goreng-goreng segala tu. So , me & kids ordered western food by MJB. I had New York Strip Steak & Yna had Tenderloin Steak. Ashel had Cheese Burger. I ordered an extra Beef Burger & Fries.

All our food came......tapi till almost an hour , Nasi Goreng Kampung MP tak sampai-sampai! Mulanya dah sampai tapi bukan macam yang MP minta. MP nak Nasi Goreng Kampung tak nak sayur & tak nak pedas langsung. Tapi yang datang was vice versa. Cashier perempuan yang datang hantar nasi goreng tu and obviously MP rejected the nasi goreng.

Tunggu punya tunggu , nasi goreng yang baru tak sampai-sampai. Mula laa MP bising. Dia panggil cashier tu and asked her about his nasgor. Cashier tu kata dia dah suruh kitchen buat. OK tunggu lagi.....15 minutes past , tak sampai-sampai jugak. MP panggil waiter MJB yang ambil order and asked him nicely sebab MP tak salahkan dia sebab MP tahu budak tu dah pergi check on it much earlier. Bila MP dah bising,,,,,dah mula marah-marah,,,, mula laa I dengan anak-anak nak makan pun tak senang.

MBJ's waiter pergi kitchen tanya and kitchen cakap tak de orang kasi instruction suruh buat balik. Hah! MP dah hilang sabar , dia nak pergi sound perempuan yang jaga cashier tu but I pleaded him not to. Malu lah.....Memang laa salah cashier tu. Dengan muka kelat cashier tu masa MP rejected the nasgor yang dia hantar mula-mula tu , memang sangat-sangat kurang ajar. Macam fed-up pulak MP tak nak terima nasgor tu. MP specifically minta tak nak sayur dan tak nak pedas tapi yang datang penuh sayur plus penuh cili padi.....macam mana MP nak makan. MP dah laa tak tahan pedas langsung......rasa I MP tak salah for rejecting the nasgor. Masa dia reject pun bukannya kasar , he politely said that he requested for this and that.

Pendek cerita , waiter MJB memang gelisah sebab tengok makanan I semua dah habis tapi MP masih tak dapat-dapat lagi nasgor yang diorder. Huhuhu! You peeps bayangkan je lah , temper & reaksi MP. Tapi one thing , dia tak marah-marah kat I or anak-anak pulak. Why? Sebab dia yang bawak kitaorang datang sini bukan I yang suggest! Nasib I baik dowh! Kalau I yang ajak , mau menanah telinga I malam tu.....hehehe!

I told MP that I'll pay for dinner and asked him to go to the car. Sebabnya kalau MP yang pergi bayar sure cashier tu kena maki kaw-kaw punye dengan MP. Dah nak balik baru waiter MJB bawak nasgor udang for MP.....I suruh tapau nasgor tu.

Hmmmmm.........masuk kereta , MP OK je. Tak lah marah-marah macam kat dalam kedai tadi.

See , semua western food yang I ordered sampai....but not MP's nasgor.

Moral of the story : Datang Mustafa Jones , don't laa order nasi goreng maaa.....hahahaha! *That's what I told Yna on the way to the car....and we both laughed it off....*



Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi, you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

No comments:

Post a Comment