~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Saturday, August 4, 2012

1 - 7 Ramadhan 1433

Quick update on my 1st week of Ramadhan this year.

Lucky me that Yna started her Summer Break since July 16th. After raya baru naik sekolah balik. Tak lah I kalut dengan hal sekolah dia. Tapi Yna terlibat pulak dengan show Ramadhan dengan group tari dia. So bulan puasa pun kena ada latihan tarian jugak.


1 Ramadhan (Sabtu)
Iftar @ Home aka Sri Noah Residence , Bukit Antarabangsa

Pagi ada kelas dengan kumpulan nasyid Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). Nasib baik jugalah studio dah dekat dengan rumah , tak lah kena tempuh jam yang tak menentu kat MRR2.

Hari ni Kak Siti datang buat kelas dengan geng KPKT.

By 3pm habis kelas. Boleh singgah Giant Bukit Antarabangsa on the way back home to grab something to cook for Iftar today. In the last pic , Yna and Kak Siti's youngest son , Afif.

1st day puasa.........I made Kerabu Kerang. Kat Giant ada isi kerang yang dah rebus (Yes! Tak payah susah payah nak kopek dah). The only cooking that I have to do is to celur-kan taugeh je.....ngeehehehe.....I memang buat lebih sebab boleh simpan for few days dalam icebox. My kerabu is pretty simple. I need isi kerang rebus + taugeh celur + hiris cili padi , cili hijau & bawang besar....as much as you want. In another bowl , mixture of santan pekat + crushed black pepper + lime juice + kerisek + salt & sugar to taste. Mix everything well together. Siap. That's my dish for berbuka on the 1st day of Ramadhan. Lauk lain tak de. MP layan jugak kerabu ni tapi dia awal-awal dah roger nak pergi Param. Understood , that he'll buy his own choice of lauk-pauk for berbuka. MP makan nasi kena berkuah......I suka kering-kering. Yna senang.....dia ikut I je. Nasi dengan kerabu kerang ni pun dah cukup for her to break-fast.


2 Ramadhan (Ahad)
Iftar @ Home aka Sri Noah Residence , Bukit Antarabangsa

Sebelum ke Dataran Merdeka , I sent Yna to her dance training di Gombak. Later MP will go and fetch her.

2nd day puasa kena chaperon geng nasyid KPKT to Dataran Merdeka for their first nasyid competition. It's for their exposure......not to win lah.

Kumpulan Nasyid KPKT sang Intifada'.

Align Center
Pertandingan nasyid ni anjuran Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara. Dibuat di atas pentas bergerak kat tengah jalan near Dataran Merdeka. Pukul 4 petang baru urusetia buka pendaftaran. Hari saringan was on the 21st, 22nd, 28th & 29th of July. Next week bringing another group for this Festival Ramadhan competition. Hari ni 6 kumpulan yang datang register. Dalam pukul 6:30pm dah selesai pusingan saringan.

Mula ingat nak berbuka kat luar dengan my student Khalil tapi decided to rush back berbuka kat rumah. Ajak Khalil berbuka kat rumah sekali. On the way home , singgah Param Taman Keramat AU2 untuk beli barang berbuka. MP & the kids dah beli lauk masing-masing earlier.

Align Center
Tadi lepas hantar Yna ke dance class in Gombak (sebelum ke Dataran) made another pit stop , singgah rumah my Sarawakian friend kat Setapak. Pergi ambil kek kukus Sarawak yang I order sebelum Ramadhan. Ordered my favourite Kek Lumut untuk nak makan dalam bulan puasa ni. Very moist & delicious! Suka mek. Langsung order 3 biji kek kukus for raya. Tahun ni I ordered Kek Lumut , Kek Hati Pari (Hati Parek) & Kek Ombak Rindu....wah! Macam mana rupa & rasa kek kukus Ombak Rindu ni , kena lah tunggu raya post nanti ye , sebab I sendiri pun belum pernah rasa.........

Since butter Golden Churn , a favourite untuk buat kek-kek Sarawak ni dah di-ban kat Malaysia,,,,,my friend guna butter Tatura. Sebiji kek dalam RM90 - 120. I don't mind paying for these Sarawak steamed cakes coz they're delicious. I love eating them. Bahan kek pun banyak. Dalam kek Lumut ni kena guna 2 bars of good quality butter , nestum , horlicks , gula , tepung Hong Kong , susu pekat , kaya , gula , 10 biji telur gred A. Belum lagi kek Hati Pari....antara kek kukus yang paling lama masa kukusannya which is more or less 8 hours. Banyak resepi on the net on Hati Pari ni. Ada yang guna campuran kismis & prune. Ada yang guna prune saja. Tapi my friend buat yang versi guna 1 kilo kismis hitam + 2 bars of Cadbury chocolate......yum yum yum!


3 Ramadhan (Isnin)
Iftar @ Rumah My Parents , Ampang

Dah 3 hari puasa baru dapat berbuka dengan my parents. Berbuka kat sini mesti ada budu! Yna pun dah pandai makan budu. Am so happy that Yna ikut my side of the family,,,,,,,OK & tak kekwat dengan makanan-makanan tradisi ni. Belah MP payah sikit. No budu , no tempoyak , no ikan tongkol , no rebung , no petai , no jering..........rugi rugi rugi.....

Earlier I pergi Hero kat Taman Dagang dengan my mum. Beli ikan keli & udang & petai & barang dapur sikit. Hari ni best , dapat memasak dengan my Papa :-)

Ni kes lenguh belakang sebab duduk membongkok masa siang ikan keli tadi....hehehe! My Papa minta tolong Yna & Ashel pijak belakang dia. Dulu me & my brother selalu buat tugas pijak-memijak belakang ni.....now turn cucu laa pulak. Kot I yang pijak sekarang , mau patah berderai tulang my father....hahaha!

Dengan my parents ikan goreng dengan budu pun dah OK dah. Boleh bertambah kalau makan nasi. Tapi sebab ada 'town boy' tagging along , kena-lah buat lauk berkuah yang tak pedas , hehehe! For iftar we had Udang Masak Lemak, Ikan Keli Goreng, Kerabu Kerang (from 1st day Iftar), Telur Dadar, Budu, Ulam Petai & Kuih Akok. Satu lagi lauk , MP beli sayur kacang panjang *his favourite veggie* kat Param Taman Nirwana.

Semua dah siap , tunggu surau depan rumah azan.....Hari ni kena makan kat bawah sebab lampu kat ruang makan trip. Rumah my parents ni lain sikit plan dia. Dapur kat tingkat 2 , so bila buat renovation rumah , buat extension untuk ruang makan kat tingkat 2 jugak. Ni kenalah berangkut bawa makanan naik turun.

Align Center
Lepas makan , solat time!

4 Ramadhan (Selasa)
Iftar @ Home aka Sri Noah Residence , Bukit Antarabangsa

Hari ni ada kelas kat studio @ 1pm. Best ari tok mek dapat student dari Sarawak gik. Having a huge passion for Sarawak , I'm always delighted to be in touch , to go or to have anything associated with Sarawak. Sik tauk lah mana datangnya....nak kata ada tok nenek dari sana,,,,,tak de pulak......tapi tulah,,,,,,,nang suka menar mek ngan Srawak.

Lepas kelas hantar my student balik ke Taman Melati sebab I nak singgah ke Param Taman Melawati. Ada benda yang dicari......

Then nak Giant Bukit Antarabangsa beli sotong putih sikit......nak masak kicap.

Hari ni masak Kari Ayam. A family's favourite and masak Sotong Kicap sikit.

Tadi kat Param Taman Melawati , cari my lepat labu. Tiap Ramadhan mesti beli lepat labu kat sini. Beli RM3 dapat 9 lepat. I sorang je yang makan. Boleh simpan dalam fridge , lepat yang I beli kat sini tahan lama.

Kat rumah pun ada stock budu. Ada yang budu hitam (dark brown) & ada budu merah (reddish brown).

I suka yang merah. Tapi kalau buat budu kahwin pun sedap jugak (mix hitam & merah).

MP as usual , dia akan ke mana-mana Param to buy drinks & makanan untuk sahur. His Ramadhan routine. I tak bangun sahur untuk makan , just minum seteguk dua air putih then tidur balik. Yna pun sama. Kalau sahur pun , sebelum tidur me & Yna will eat something. Selalunya kirim MP belikan Kebab Ayam kat Param for sahur. MP mesti bangun makan. Easy for me that he'll wake up on his own and eat the food that he'd bought earlier for sahur. Semua food dah standby , dia bangun and makan je. We've compromised with this bangun sahur thing. Dah 11 tahun sign MOU....hehehe!


5 Ramadhan (Rabu)
Iftar @ Home aka Sri Noah Residence , Bukit Antarabangsa

Hari ni dapat berbuka kat rumah lagi. Masak lagi. Masak lagi simple....hehehe!

Hari ni goreng ikan je. Buat Ikan Cencaru Goreng makan dengan kicap. Dapat beli 5 ekor cencaru yang besar-besar. Syok sikit makan. MP OK with it. Yna pun OK with it. Ashel pun OK with it. As usual MP will go and cari lauk berkuah untuk dia makan sorang.

Ni my kuih for after buka. Kek Lumut & Lepat Labu......ada lagi 7 lagi lepat labu kat dalam fridge. Yna pun layan makan kek lumut ni. Dia suka.
Align Center

6 Ramadhan (Khamis)
Iftar @ Home aka Sri Noah Residence , Bukit Antarabangsa

Cencaru semalam ada lagi 2 ekor. Tak habis. Panaskan balik and buat sambal tumis letak petai.

Weeks back a Sarawakian friend of mine , Zaidi , datang KL. Mek kirom ngan nya Kacang Ma. Stock di rumah udah mok abis. Hari tok mek mok masak Ayam Kacang Ma. A favourite with my kids it seems. Walaupun ada rasa pahit-pahit sikit from the Kacang Ma , still my 2 kids suka makan this dish.

Banyak versi masak Ayam Kacang Ma , this time I chose to slowly braise the chicken in a pot and then continue cooking it in a wok. Ingredients untuk marinate ayam ada kat my past post , click sini.

Ashel loves this dish....

Kuih macam semalam. Lepat labu tinggal lagi 6 dalam fridge :-) FYI , MP tak kaki kuih manis-manis. For buka pun MP tak kaki makan kuih. At home , kuih manis or savoury is for after terawih. Sambil layan tengok TV , time tu lah makan kuih-kuih.


7 Ramadhan (Jumaat)
Iftar @ Home aka Sri Noah Residence , Bukit Antarabangsa

Bumbu dari Ayam Kacang Ma semalam ada lagi....ayam pun ada 3 ketul lagi.....nak buang sayang coz tak basi after preheating it few times. I decided to add isi ayam to it. Lagi laa senang si Ashel makan. Dalam fridge memang ada stock sambal tempoyak....hehhee! Petai pun ada. Am good.

Earlier ada kelas kat studio , lepas kelas MP nak cari barang makan for sahur kat Param Taman Melawati. Me & kids tak turun pun , tunggu dalam kereta je. Balik ke Bukit Antarabangsa guna jalan Keramat AU5 keluar kat Masjid Al-Ridwan. Tengah jam kat trafic light menghala ke Ukay Perdana , ada petugas masjid yang hulurkan bungkusan Bubur Lambok pada kereta-kereta & anyone yang lalu kat situ. Alhamdulillah , rezeki.

Dessert sama macam hari-hari yang lalu....hehehe! *Tak jemu ke makan kuih sama je tiap-tiap hari? TAK! *

Hari ni iftar ada Ayam Kacang Ma *lagi* , ulam petai & timun , sambal tempoyak & kurma. MP beli lauk sayur kacang panjang dengan lemak daging salai.....tapi spicy for him pulak sebab lemak tu ada cili padi.

Alhamdulillah , dapat puasa penuh 7 hari dah. Tahun ni memang kalau boleh I tak nak selalu sangat ke Param. Cuba makan dan masak ala kadar je. Kalau ke Param , mesti macam-macam yang dibeli , akhirnya tak makan pun. MP pun slow down jugak tahun ni. Dia kalau membeli lagi dahsyat. Tak reti beli sikit. Memang tak habis.

Tahun ni dah 7 hari puasa , MP dah nampak what am trying to do all these years. Tak lah dia bising macam tahun sudah-sudah bila I sik mok ke Param. Kalau tahun-tahun dulu,,,,,,boleh jadi gaduh kalau I kata I tak nak ke Param beli lauk untuk berbuka & nak masak 1 atau 2 lauk je for berbuka. Niat MP baik , nak kita anak-beranak makan betul-betul , ada lauk-pauk itu ini for berbuka but I kept on telling him that it is not necessary. Puasa is not all about having all kinds of food laid on the table. I kept telling him that I can break-fast with just 1 dish dan setakat MP sorang nak makan lauk berkuah , better beli je sebab Yna pun tak kaki makan lauk berkuah for buka puasa. Apapun MP memang tak biasa berbuka makan 1 lauk je....Nak elak gaduh-gaduh di bulan Ramadhan , I ikutkan rentak dia. Beli beli beli.....bila berbuka....banyak lauk yang tak disentuh pun. Almost 11 years . usually it's the same scenario.

Finally , MP mellowed down........tahun ni dia OK with lauk ala kadar for berbuka , beli pun dengan portion yang cukup untuk sorang makan. He's also OK with panaskan lauk semalam too......hehehe! 11 years.........finally. Alhamdulillah.



Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi, you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

2 comments:

  1. seronok tgk akak msk utk lauk berbuka almost eveyday... dana pun jarang ke param, kalu ada pun suh edy or adik, itu pun beli skit2 je, selalunyer dana msk kt umah... lgpun sampai umah dlm kul5 sempat sgt nk msk

    ReplyDelete
  2. I wonder sgt mcm mana rasa kacang ma ni... Semenanjung mmg takde jual ke?.

    ReplyDelete