~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka Raya!

I've got another Ramadhan post to write but am gonna have to put it on hold and post this one first :-)

It's 13th Syawal today and also our 55th Independence Day. Stopped updating the blog since fasting month. Can't cope with the time....the chores....Then comes raya...lagi tak boleh cope.....mana dengan mood malas & mood raya & mood cuti........aaaahhhhh........can't help it. I spent the last few days editing my raya photos. Also uploaded those raya photos to my FB accounts. Still , masih mood cuti. Malas terlampau. Isnin ni , 3rd September.......baru mula kerja and it's continuous till November. Helpppppp!!!!

As for this years' Eidul Fitr......macam tahun-tahun yang lalu jugak. Tahun ni tak lorat nak beli bunga & etc. Tak tukar apa pun. Food preparation pun sangat-sangat modest. Tak nak membazir. Masak tak banyak , cukup untuk anak-beranak makan di 1 Syawal. Another quiet raya for me & family but we cherished every moment of it as we are all still united.

Will post my raya happenings soon.....hehehe! Soon.

Better late than never , I would like to take this space that I have to wish every Muslim who's reading this post Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Tak kiralah....pada yang suka , Amin. Pada yang tak suka tapi masih setia membaca , Amin juga. Pada yang tak suka langsung....hmmm.....tak de lah nak wish apa-apa , sebab dah memang depa tak suka & tak kuasa , tak pernah jengok blog ni & tak kenal I langsung.

An e-card for everyone from us at Vocalwealth Networks.


The Merdeka celebration this year was more like a political campaign. Here and there our top country leaders were repeatedly reminding us about Janji Ditepati.....again , what janji have I made to them? Never mind that but what's all the Janji Ditepati thinggy got to do with Merdeka? Let Merdeka be Merdeka. Let Datuk Bahaman , Leftenan Adnan , Tok Janggut , Rosli Dhobi , Haji Abdul Rahman Limbong , Dol Said , Tok Gajah , Mat Kilau , Onn Ja'afar & many more pejuang-pejuang kemerdekaan negara take the limelight. Today is their day. Nama Bapa Kemerdekaan , Tunku Abdul Rahman pun payah nak dengar. Too much of pre-election propaganda in Merdeka speeches.......so so unnecessary. Apapun , boleh je kalau nak insert story mory pasal election tapi not too much of it sampai hilang semangat , hilang focus pada sambutan sebenar Hari Merdeka.

As a Malaysian , dari peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah I sudah didedahkan pada Rukun Negara. Kena hafal. Bila assembly kena recite Rukun Negara walaupun tidak faham sepenuhnya isi kandungan Rukun Negara itu sendiri.

"Maka kami , rakyat Malaysia....berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut , berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-
* Kepercayaan Kepada Tuhan
* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

Pada fahaman I , hanya inilah ikrar dan akujanji I kepada negara tercinta. Janji lain.....tak pernah buat.......meaning,,,,,Janji Ditepati is not my problem lah. It's the current government telling us that they have fulfilled promises made to us in the previous elections.....hmmmm........if that's the case , good lah. So,,,,,what's their problem lagi? Or in other words , they are trying to tell us that they've done their work and we must promised to vote for them in the coming election. TV channels semua kena siar gov-pro news. Main stream newspapers pun sama,,,,,,so why laa berkias-kias........cakap je terus....election nanti please undi so and so....siapa nak halang depa pun? Duhhh!

I love my country. I'm lucky to be born here in Malaysia. Malaysia has everything. It has modern facilities and state of the art development. It has many beautiful places. It offers delicious food. Malaysia is a living proof that being multi racial , we can live in peace and harmony. Malaysia has everything you need in a country but we are lacking in one thing.....civic minded. Our people , still.....carrying the 3rd world country mentality.

All the fuss about the 55th Merdeka logo. All the fuss about the latest Merdeka song being copied from an Indonesian Christian religious song. Now the I Am For You / 1M4U / AyamFor You.....*hehehe!* song composed by the Youth & Sports Ministry *kata PM*, but siapa yang gubah lagu tu? Banyak suara-suara yang kata budak-budak Lim Kok Wing yang karang lagu tu. Whatever-lah.......suka tak suka , hari Isnin ni Ketua Pengarah AADK dah request kumpulan koir AADK to sing lagu 'tema KFC tu' di perhimpunan bulan September. Sakit-lah , ada 1 hari untuk buat latihan dengan geng koir sebab perhimpunan falls on the next day , Tuesday. No choice , I have to learn the song myself......super fast!....Uwaaaaaa.......

Dari dulu sampai zaman Millennium , Malaysia tak habis-habis dengan controversy lagu kebangsaan like the Mamula Moon vs Negara-Ku issue. Sama jugak kes-nya , kes ciplak lagu Indon. Entahlah.......Still , I don't understand kenapa-lah kerajaan Malaysia masa tahun 1957 dulu tak serah-kan tugas menggubah lagu kebangsaan pada komposer-komposer atau music-music conductors di Radio Malaya.

Or.....why tak serahkan tugas tu pada P.Ramlee sebab sebelum Merdeka in 1955 P.Ramlee dah direct film Penarek Becha. Through that film Majalah Filem & Sukan Utusan Malaya menobatkan lagu P.Ramlee , "Inang Baru" sebagai Lagu Terbaik. P.Ramlee even won Best Musical Score at the 3rd Asian Film Festival in Hong Kong for the film Hang Tuah. Hmmm.....P.Ramlee masa tu was a top star , mungkin dia sibuk giler kot nak gubah lagu untuk negara sendiri :-( Kalau pun bukan P.Ramlee , orang muzik Malaya lain ramai bah.....Ahmad Nawab pun dah involved dengan muzik in the 50's. Again , what-eva!

Anyway.......it's just a song some may say.....but.....it's a country's National Anthem *wink*. Yang lebih penting Janji Ditepati....huhuhu! Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............

May Malaysia prosper , aman & damai. Tak nak sampai nanti geng Meet Uncle SAM redah masuk negara kita sesuka hati depa sampai jadi macam Iraq. Perang tak tentu pasal.....Kuala Lumpur bertukar wajah jadi macam bumi Palestine. Kesan bom merata-rata. Bangunan semua ranap kena bom. Scenery bumi hijau & warna warni bertukar jadi berdebu kelabu. Ekonomi disekat........Mayat sana-sini , macam sampah. Hidup dalam ketakutan sepanjang masa.

Memang di mana-mana negara pun pasti ada perbezaan politik. Tak payah pergi jauh. Dalam rumah pun ada yang berbeza fahaman politik & idelogi *wink* , tapi perbalahan boleh dielakkan dengan perbincangan dan tolak-ansur. Kena ada toleransi. Kena terbuka dan sedia menerima pendapat. Apapun fahamannya , Misi mesti sama. Agenda mesti sama.....iaitu untuk makmurkan dan majukan negara. Apapun yang dilakukan kena pastikan negara tak hancur. Bila dah musnah , Malaysia dah tak indah lagi , tak maju lagi & tak selamat lagi. So , bersih-kan-lah apa yang belum dibersihkan. Silakan kalau nak berkumpul ramai-ramai tapi tak perlu ada yang cipta adegan rusuh-merusuh. Bila keluar Youtube , malu negara luar tengok orang Malaysia kena guna kekerasan & keganasan untuk menyampaikan hasrat kepada pemerintah. Dalam kerajaan negara mana pun pasti ada konspirasi peringkat tertinggi. Tak kiralah parti apa yang memerintah pun. Kerajaan mana pun yang memerintah pasti ada cacat-celanya. Mana mungkin dapat puaskan hati 28 juta lebih rakyat Malaysia. Parti mana pun yang jadi government , mesti dahulukan Malaysia.


Just remember that wira-wira terdahulu bergadai nyawa to ensure that we live comfortably on our own soil. Kita ada akal , kita boleh fikir mana baik & mana buruk. Every move & decision we make is for the future generation. Our kids. Think of them......coz when we do think of our kids , I'm sure,,,,,,we will make the right decision :-)


Happy 55th Birthday Malaysia!


For some light Merdeka entertainment , take a listen to various version of our very own Negara-Ku.......Yaaaa.....our Negara-Ku *wink*....


Selamat Hari Raya , Salam Merdeka yo'all!



Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi, you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

3 comments:

  1. Orang Malaysia mmg macam tu...kemaruk sungguh nak cilok lagu Indon..malah ada penyanyi Malaysia yang TAK MALU nak muatkan lagu popular Indon dalam album mereka (dengan harapan nak tarik perhatian org indon walhal cover version depa tu hancussss)

    ReplyDelete
  2. Anonymous - nyanyi cover version and ciplak lagu is a 2 different thing. Not fair to make such statement kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..saya setuju...tapi sebaiknya tak payah la nanyi lagu indon ni..tak kemana pun..orang indon sendiri tak suka kita nyanyi lagu depa ni..biarlah tak sedap macam mana pun nyanyi je lagu komposer tempatan.

      Delete