~ DISCLAIMER ~

DISCLAIMER : Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

PHOTOS

Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi , you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

Saturday, October 20, 2012

A Hectic Month For Me

Anai-anai....ya.....rumah diserang anai-anai. Then we discovered ada sort of stalactites being formed at the arch of my laundry area.......we have to do something about it , super fast. And also am getting a new neighbour....baru beli rumah sebelah and currently doing a major renovation to the house. Bising and berhabuk. 

Been 3 weeks now that we decided to stay at my parent's place sementara kerja-kerja baik-pulih & etc dilakukan kat rumah. Bila dah kat rumah my parents......meriah laa sikit. On weekdays pagi , my brother hantar anak-anak dia untuk siap-siap ke sekolah. Kawan-kawan my dad pun selalu datang ke rumah. 

Ni bilik I kat rumah my parents ni. Pink lagi. Dari zaman anak dara sampai sekarang , stay macam ni. Masa kahwin pun tak de buat bilik pengantin yang dihias bunga-bunga & kerawang-kerawang & segala macam yang kalut-kalut tu. I tak nak. MP pun tak nak. Bilik maintain macam pada hari-hari biasa. So , been 3 weeks.....me & kids & MP tidur kat bilik ni. Me & anak-anak tidur atas katil. MP pulak kena lah camping kat lantai....hehehe!

Bulan ni sangat-sangat busy dan minggu lepas , I worked from Monday to Monday! Every Monday since before Raya , this is my view every Monday morning. Mengajar kumpulan choir di Kementerian Petanian & Industri Asas Tani.

This was last Tuesday 9th October , buat vocal workshop dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia. Workshop 2 hari , before 9am dah kena berumah-tangga di Menara Dato Onn , PWTC.

Seronok buat workshop dengan government bodies ni......makan , makan , makan! Workshop from 9am - 5pm.....3 kali break makan. Kalau workshop yang sampai malam......siap ada supper lagi.....Alhamdulillah , dapat makan sedap-sedap. Dapat kawan-kawan baru....Insya'Allah more business for me & Kak Siti.

Rabu 10th October.....selesai vocal workshop di Kementerian Sumber Manusia.

Ni kelas vokal yang I ajar di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) , Kuala Lumpur. KPTM KL tak pernah ada choir group. Ni 1st time ditubuhkan. Ni betul-betul cabaran bagi me & my team. Group ni mula dari zero. Most of them tak ada music background. I hanya ada 10 sessi dengan group baru ni untuk train diaorang 5 lagu sebelum persembahan sulung diaorang untuk Majlis Konvokesyen ke 29 di PICC, Putrajaya. 

The process started from scratch. Audition choir members....tapi you know what , apa yang I dan Kak Siti percaya......everyone yang ada suara , can surely sing. Itu cabaran bagi our vocal studio. Walaupun kalau nak ikut separuh yang datang audition tu ada masalah pitching *sumbang* , tapi kita akan ambil mereka to be with the group jugak. It's our challenge to train them vocally. Ada proses yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah tone deaf , pitching dan sebagainya. Our mission is to educate sebab tu we'll accept everyone.

Thursday 11th October was my last session with KPTM's choir group. Then comes sessi Raptai & 2 days of show days.....hah! Memang bulan ni jadual kerja padat. Penat sangat.  

Our work scope bila mengajar choir ni bukan hanya tertumpu pada vocal arrangement saja but also kena buat music arrangements. Ada lagu yang nak dinyanyikan tu tak ada minus one....so kena lah buat. Ada pulak choir group nak nyanyi medley.....pun kena buat music arrangement for it. Bila dah kena buat music arrangement......that means kenalah pergi jumpa music arranger untuk buat studio work pulak. Bila buat studio work ni , it's best kalau kita tau sikit sebanyak tentang music....like the music key , vocal range , tempo.....in short , kalau tahu main piano or keyboard....pakai kurang pun gitar.....lagi baik.

Friday 12th October , is the Raptai Penuh untuk Majlis Konvokesyen KPTM yang ke 29 di PICC, Putrajaya. Me & my team decided to go to Putrajaya with the gang naik bus kolej. I requested for the choir team to wear red & black.

Saturday 13th & Sunday 14th October , jam 6:30 pagi dah kena berkumpul kat KPTM. Nak gerak ke PICC dengan bas sama-sama. Memang kena berkampung dari pagi sampai ke petang kat PICC tu sebab Majlis Konvo ni dibuat 2 sessi. Ada sessi pagi & petang. Both sessi pun kumpulan choir kena perform. Untuk convo ni I tak conduct the choir , I serahkan tugas choir conducting pada my co-trainer , Teacher Glam.

Bila mengajar choir ni selain aspect vocal yang perlu dititik-beratkan....choreography pun we have to choreograph for the entire choir performance. Tak lah group choir tu static je bila menyanyi.....ada joget-joget sikit....movements yang sesuai dengan lagu & event. Nak buat lebih-lebih , I pun tak pandai......gerak sikit-sikit tu boleh laaa.....lagi pun space untuk budak-budak choir perform , sangat-sangat limited. 



Ni pulak kat dengan Kumpulan Choir UniPutra di Universiti Putra Malaysia. Our team dapat job untuk mengajar sebagai part-time lecturer di UPM. Kena habis kan 12 sessi untuk semester ni. Kak Siti akan tumpu pada vocal technique and I will concentrate on the vocal performance. Basically , every Thursday nite I will be in UPM to train the UniPutra Choir group. They have a show coming up on November 4th. Ni pun group baru jugak , my team hanya ada 7 sessi lagi untuk melatih 2 lagu baru for the performance.  

Dalam sibuk-sibuk tu , sempat jugak luangkan masa untuk jadi jury Final AADK Idol peringkat Ibu Pejabat di HQ Agensi Anti-Dadah Kebangsaan.

Akhirnya depa pi panggil jury naik stage menyanyi! Alamak......

This was towards the end of September. Yna & group Nova Nona dapat peluang menari dengan penari-penari senior di bawah choreographer Ahmad Kassan. A great experience for her and friends.

Yna dapat peluang menari for the opening dance routine of Bintang Klasik Nasional Finals. Dulu masa I mula  menyanyi....Ahmad Kassan dah menari,,,,boleh angkat-angkat I lagi masa tu....Sekarang????? Ngeri siot! Tak terangkat der......hahaha!

3 hari juga-lah berkampung di Angkasapuri RTM. Terkejut bila Francisca Peter terpa I kat kantin RTM. Memang dah lama sungguh tak jumpa Kak Fran.....rasanya the last time we did a show together was in 1988 masa show atas jemputan HRH Tuanku Sufri Bolkiah di Istana Darul Hana in Brunei Darussalam. Kak Fran masih kecoh macam dulu jugak. Tak sempat nak ambil gambar dengan Kak Fran but managed to introduce Yna & Ashel to her masa tengah lepak-lepak kat make-up room. Got a pic with her sister , Bibiana Peter. According to Fran , Bee was the one who spotted me at the canteen. Tu yang Kak Fran datang tegur I.......

Nova Nona all dressed-up for the show :-)

Nova Nona with the rest of the gang.....

TV shots of the opening gig....

Sekarang it's OK for Nova Nona to be active in their dancing.....to gain confidence and experience while on stage. Cuti sekolah November nanti *not for Yna though sebab dia belum cuti lagi...* , I will take the time to train them vocally. Prepare untuk their next single "BONDA".


Most days sampai rumah dalam pukul 9 malam. Walaupun dengan mata yang mengantuk & badan yang letih , kena squeeze masa for the kids. Thanx to MP for helping out with the kids while I was at work. And many thanx to my parents for taking care of the kids while me & MP was out working. Since we're still staying at my parent's place , lokasi makan-makan pun dekat area rumah my parents jugak-lah. On one of the nites , we dined at Dagang Avenue. Kat situ ada burger bakar Abang Burn....ramai yang beratur....nak jugak cuba since dah depan mata.....tunggu queue reda sikit baru order....I ordered Beef Supremo apa tah...dalam RM12+. Ada cheese , ada mushroom , ada beef bacon , ada onion rings in the burger. I love burgers but I suka those real American burgers.....without the 'banjir' sauces. Burger yang orang kita buat....bakar ke , tak bakar ke....selalunya banyak sangat cili sos-nya. Berair-air , payah nak makan.

Ada satu outlet yang jual western food kat Dagang Avenue ni.....not bad. Portion was quite generous. Dah 2 kali I makan kat outlet ni. Ashel loves the Fish & Chips. Tak ingat how much harga Fish & Chip + Sirloin Steak but both costs RM30. On another nite , we had Fish & Chip with 2 Sirloin Steaks. It costs RM48. Beef was tender and the mash was good.

Knowing that my daughter is a big fan of Zizan Raja Lawak and I know that she wanted so much to watch Hantu Kapcai.....so.....on one Friday nite , balik je dari kelas.....terus bawa the kids pergi tengok movie kat MBO Ampang. Seronok diaorang.

Just me and the kids , tengok show pukul  10:20 malam. MP tak nak join , understood sangat. Dia tak suka tengok wayang.Lagipun dekat je dengan rumah my parents. Malam tu tak ramai orang kat MBO ni. Best thing , MBO Ampang baru refurbished balik panggung. Cantekkkk! Ticket RM10 seorang. Ample parking. Clean cinema. Orang tak ramai. Dolby surround sound. Hot dogs ada. Caramel popcorns pun ada. OK laa tu....tak payah pergi jauh-jauh.

At the end of each night......time to hit the sack. My nitely view sebelum tidur......glow in the dark stars & comets & meteors & etc yang I lekat kat siling bilik dari zaman anak dara lagi. Bila tutup lampu.....benda-benda alah ni will glow.....Since I was a teenager.....suka berangan. Suka mimpi yang indah-indah....now my kids especially Ashel,,,,,,sangat-sangat teruja bila tiba masa untuk tidur tiap-tiap malam kat bilik bujang I ni *wink*.

Time for me to see some stars now. Nite. 


A note for me : I miss you. Very much.



Photos copyrighted to VOCALWEALTH NETWORKS. Unless expressed permission has been granted by Miss Rima Rashidi, you may not copy any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

8 comments:

  1. no wonder la, ada beberapa kali terjumpa u di Kem Tani ni.... mesti bes koir tu nanti.....dh ada cikgu...

    ReplyDelete
  2. hahahahahahaha....pakaian budak2 nona tu macam badut sarkis la.....kelakarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangsa fesyen barangkali...langsung tak de taste

      Delete
    2. Tell that to Ahmad Kassan....apa pun , the girls are ahead of you and are happy with their young lives. Peace!

      Delete
  3. Sick individuals , stays sick.....poor little soul. May God Bless You.

    ReplyDelete
  4. Lina - Ye....mengajar koir MAHA 2012 dengan Cikgu Siti Hajar.

    ReplyDelete
  5. Dear Rima,my name is Anis & masa you start singing dulu I was a form 6 student at SAB.
    I can see similarities in your blog coz I pun suka berangan..
    I rasa berangan tu lebih baik dari buat benda yg some people tend to do bila frustrated.
    Btw I suka your blog so orang yang buat sick comment tu lantak pi lah...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Anis......my brother pun sekolah situ dulu....Ya , kita berangan,,,,,tak kacau mana-mana jiwa pun kat muka bumi ni. It's food for my soul and it makes me high....hehehe! As for those sick people.....like you said , lantak pi lah kat depa....I hidup anak-beranak tak mintak belas ihsan & wang ringgit depa pun. TQ for reading kakak :-)

    ReplyDelete